Pages

Selamat Datang

Arked Nurul mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan anda ke blog kami. Kami berharap anda akan merasa selesa membeli barangan kami dan akan sentiasa mengunjungi blog ini.


Kami akan menghidangkan pelbagai pilihan barangan kami dan akan sentiasa mengemaskini maklumat barangan terkini untuk tatapan anda. Kami akan menambah pelbagai lagi barangan kami secara berperingkat-peringkat di laman ini.


Anda boleh berhubung dengan kami melalui e-mail, sms, telefon mahupun FaceBook untuk sebarang pertanyaan. Kami juga mengalu-alukan cadangan atau komen anda agar kami boleh meningkatkan mutu perkhidmatan kami.


Dengan barangan yang berkualiti, perkhidmatan yang cekap dan layanan yang mesra pelanggan, kami pasti anda akan berpuas hati dengan apa yang kami hidangkan.

Keropok Lekor

 Salam semua....
Kali ini AN ketengah salah satu produk IKS iaitu Keropok Lekor Kuantan..


Apa yang ingin AN katakan keropok tersebut memang sedap..
Boleh tengok gambar di bawah..
Keropok tersebut asli hampir menggunakan 80% kandungan ikan..
Produk Keropok Lekor Kuantan ini masih baru, mungkin terdapat di bandar Kuantan..




Sesiapa yang ingin menjadi pengedar atau berminat untuk menjual
di restoran mahupun diwarung,
boleh hubungi En. Abd Halim Sulaiman..
No tel 013-936 0474 dan e-mail suabha@yahoo.com ..

Bantal Darwish

Salam semua...
Lama betul Nurul x updated blog ni.. Sibuk dengan layankan si kecik ni...


Untuk makluman semua, skrg ni Nurul dah mula nak aktif balik.. Si kecik ni dh besar & pandai bawak diri dgn baba dier.. So, untuk bisnes tudung ni Nurul dah slow sket, sbb masa terlalu terhad nak g amik stok.. Setelah berbincang dgn en. suami, kami cadang untuk ketengahkan hasil tangan mak mertua Nurul.. Bantal kekabu + sarung bantal..
Pada mulanya, bantal & sarung ni kami guna untuk si kecik ni.. Tapi kawan2 ofis pun ade bekenan.. Mak mertua pun xkisah nak buatkan sarung bantal ni.. so sape2 yang berkenan, boleh la order ye.. untuk makluman semua, design adalah terhad & xsama sbb buat sendiri.. so sape cepat dier dapat..

Bantal
Saiz =  17 inc x 12 inc
Material = Kekabu Asli

Sarung Bantal
Material = Kain Cotton (100%) + Renda

Set (Bantal + Sarung Bantal) = RM 20.00
Sarung Bantal RM 14.00 Bantal RM 8.00
*Harga tidak termasuk kos penghantaran*

 Sarung Bantal Bunga, Tanah Berwarna Cream, Renda Berwarna Merah..
Terdapat 2 Jenis, iaitu Berline & Tiada..

 Kod BTD 01
(Terdapat Line Merah)

 Kod BTD 02

 Sarung Bantal Kotak2 & Renda Biru

 Kod BTD 03

 Sarung Bantal DotDot, Tanah & Renda Putih

Kod BTD 04

Tuah Anak Sulung..

Salam semua...
Nurul minta maaf sebab dah jarang up date shawl & tudung..
Ikutkan hati, hari2 nak update, tp keadaan Nurul dah sarat..
Baby pun makin semangat, so pergerakan Nurul agak terbatas..
Di sini Nurul nak kongsi peristiwa yg sgt manis kali ni..

Masa di ofis minggu lepas, ada seorang sahabat yg tegur Nurul..
"Tahniah Nurul.." Dalam tgh blur, Nurul tanya knp?
Rupa2nya gambar Nurul terpilih untuk contest Ibu Hamil Menawan Pa&Ma..
Terima kasih Pa&Ma kerana memilih Nurul sbg pemenang utk bulan Mac 2010..
Ni yg dikatakan rezeki anak..
Tak lupa buat fotographer Faroz Mia sbb menghasilkan gambar yg cantik..

Tahniah juga buat pemenang2 yang lain...

Terma & Syarat

1. Untuk tempahan, isikan maklumat di ruangan yang disediakan.
2. Tempahan adalah untuk tempoh 2 hari bekerja sahaja. Selepas tempoh tersebut, tempahan akan dianggap batal dan akan dibuka semula.
3. Bayaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 48 jam.
4. Untuk pembatalan tempahan, sila maklumkan kepada kami melalui e-mail kami dengan segera.
5. Barangan yang telah dijual tidak boleh ditukar atau dikembalikan.

Tempahan, Bayaran & Penghantaran

1. Tempahan boleh dibuat dengan mengisi maklumat yang dikehendaki seperti diruang yang disediakan. Pastikan anda mengisi maklumat tersebut dengan teliti.
2. Sila periksa email @ SPAM box @ JUNK mail selepas membuat tempahan. Nombor akaun bank akan akan diberi melalui e-mail selepas menerima tempahan anda. Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan Maybank2u, CIMB Clik atau pun BIMB.
3. Sila masukkan email kami, arkednurul@gmail.com di ruang e-mail penerima semasa pembayaran dilakukan.
4. Selepas bayaran dilakukan, masukkan maklumat yang diperlukan di Borang Pengesahan Bayaran.
5. Kami akan membuat penghantaran pada hari Ahad, Rabu dan Jumaat.
6. Perkhidmatan penghantaran menggunakan Pos Laju.
7. Tracking No akan diberi melalui e-mail.


BORANG
TEMPAHAN & PENGESAHAN BAYARAN  SEPERTI DI BAWAH

Tempahan

Pastikan maklumat anda isi dengan teliti.

Nama Penuh:
E-mel:
No Telefon Bimbit :
Pilihan Bank
Pos laju ke: Semenanjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Lain-lain
Alamat Penghantaran :
Kod Barangan / Bilangan :
Komen & Cadangan :

Tempahan hanya untuk dua hari bekerja sahaja. Pastikan bayaran dilakukan dalam tempoh tersebut. Selepas itu, tempahan dibuka semula.

Kami akan mengesahkan status tempahan. Sila semak di folder SPAM sekiranya masih tidak dapat status tempahan.


Pengesahan Bayaran

Selepas bayaran dibuat, sila masukkan maklumat-maklumat berikut bagi tujuan pengesahan.

Nama Penuh :
E-mail :
Pilihan Bank :
Tarikh :
Masa :
Amaunt :

Penghantaran akan menggunakan Pos Laju.

Bawah 500g

Semenanjung Malaysia = RM 6

Sabah/Sarawak = RM 9